{89}
AL-FAJR (fajar) 1~30.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Perhatikan
lah fajar.
2. Dan
(perhatikanlah) malam yang sepuluh
3. Dan
(perhatikanlah) genap dan ganjil
4. Dan
(perhatikanlah) malam apabila ia berjalan
5.
Bukankah ada padanya satu perhatian bagi yang berakal.
6.
Tidakkah engkau fikirkan bagaimana Tuhan mu lakukan kepada Aad.
7. (Iaitu
kaum) Iram yang mempunyai kemegahan ?
8.
Yang belum pernah diadakan bandingan
dinegeri-negeri itu ?
9. Dan
(kaum) Samud yang membawa batu gunung yang
besar kelembah itu.
10. Dan
Firaun yang mempunyai bina yang teguh ?
11. Yang
melewati batas dinegeri-negeri itu ?
12. Iaitu
mereka telah lakukan banyak kedurhakaan padanya.
13. Lalu
Tuhan mu curahkan atas mereka cemati
azab(nya).
14.
Sesungguhnya Tuhan mu tetap ditempat pengawasan
15.
Tetapi ada pun manusia, apabila diberi percubaan kepadanya oleh Tuhan nya,
iaitu ia muliakan dia dan ia beri nikmat kepadanya, maka ia berkata; “Tuhan ku
telah muliakan daku”.
16. Dan ada
pun apabila (Tuhannya) memberi kepada nya percubaan, iaitu ia kurangkan rezeki
nya, maka ia berkata; “Tuhan ku telah hinakan daku”.
17. Tidak
! bahkan tidak kamu muliakan anak yatim
18. Dan
tidak kamu gemar mengemarkan atas memberi makan orang-orang miskin.
19. Dan
kamu makan sungguh-sungguh harta waris nya (orang).
20. Dan
terlalu sangat kamu tamak kepada harta
21. Tidak
! apabila dihancurkan bumi kelak sehancur-hancur nya.
22. Dan
datang (perintah) Tuhan mu sedang melaikat (akan hadir) berbaris-baris.
23. Dan
dihari itu akan dihadirkan (neraka) jahanam, (maka) dihari itu manusia akan
ingat pada hal dimana (akan berguna) peringatan baginya !?
24. Ia
akan berkata; “alangkah baiknya kalau aku sudah bersedia untuk penghidupan ku
(disini) !
25. Maka
dihari itu, tidak akan siap pun dapat mengazab seperti azali nya !
26. Dan
tidak ada siapa pun dapat mengingat seperti ingatan nya !
27. Hai
jiwa yang tetap yakin !
28.
Kembalilah kepada Tuhan mu dengan keadaan reda (dan) diredai.
29. Iaitu
masuklah didalam (golongan) hamba-hamba ku,
30. Dan
masuklah kesyurga ku.